Wednesday 4 May 2011

Rakyat kian marah dengan kenyataan bodoh Tian Chua

MARANG 16 Mac - Kemarahan orang ramai berhubung kenyataan biadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan terus memuncak. Beratus-ratus penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua. Sejurus sebelum himpunan aman mengecam naib presiden parti itu diadakan, Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu dilancarkan yang memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.